Tuesday, 27 September 2011

Comming Soon stock - October 2011

Salam semua,
Saya dah order beberapa ekor burung untuk dijua, Kini masih dalam perancangan dan mungkin akan sampai tk lama lagi.

1) Lovebird
2) Cockateil Tame
3) Lorrykeet - Tame
4) CAG - Tame ( Sekali Lesen)

Saya akan upload gambar dalam masa terdekat apabila burung sampai ke tangan saya. Terima Kasih

Monday, 19 September 2011

Incubator PVC berkapasiti 75 - 80 biji telor





Salam,

Model terbaru kini berada di pasaran kembali setelah hampir setahun tidak dapat stock jenis ni. Ianya menggunakan Thermo Hygrometer bagi menyukat suhu kepanasan dan humidity. Bagi setiap pembelian anda berhak mendapatkan hadiah percuma dari kami!!! . Sesuai untuk pengguna yang baru kerana mudah untuk memantau suhu , anak - anak menetas kerana kotak plastik PVC yang transparent.......

Amat RINGAN!!!! cuma 2.5kg , Pembuatan yang amat kemas....

1) Lampu Suluh untuk proses candling
2) Buku Panduan
3) Jaring plastik dan sponge sebagai tray telor.
4) Mentol percuma.

Harga yang ditawarkan adalah RM250.00

Sekian..

Jualan Nestbox - Dibuka untuk tempahan.







Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Keluaran Terbaru Dari Kami di PAK TEH AGRO FARM ialah Nest Box (Sarang Burung), ianya memang sesuai untuk burung-burung spesis parrot seperti Budgie (A,B,C) , Lovebirds , Cockateil , Indian Ring Neck.

Jualan Nestbox kali ini amat menggalakkan sehinggakan kami terpaksa menghantar ke tempat lain untuk memotong papan plywood (12mm dan 9mm Grade A). Dalam tempoh sebulan tempahan mencecah sehingga 80 Biji - 100 Biji.

Untuk Tempahan boleh menghubungi terus kepada saya:

Harga Terkini .
1) Nestbox - Budgie RM15
2) Nestbox - Lovebirds RM18
3) Nestbox - Cockateil RM22
4) Nestbox - Indian Ring Neck RM28
5) Zebra Finch - RM15

POS Biasa RM8.50 (2kg)

Sunday, 18 September 2011

Sepi tanpa Ternakan di kampung

Salam semua,

Syawal dh hampir meninggalkan kita..cuma nk berkongsi cerita , Masih ingat lagi pertama kali penyakit sampar " singgah" di rumah saya pada ramadhan 2010 (tahun lepas) ..memang banyak yg tergolek kt reban tu.." sampar" singgah di rumah tu dalam 2 bulan baru reda..tinggal la beberapa ekor induk yg bertahan . kini pada syawal 2011 "sampar" kembali lagi menjengah ke reban di kampung saya tu...semalam balik ke kampung ...yg tinggal cuma beberapa ekor sahaja..
sedih mmg la sedih..tapi alhamdulillah semangat masih kuat untuk meneruskan perjuangan sebagai penternak ayam,puyuh dan yg terbaru burung lovebird dan cockateil.
Pada penternak kecil-kecilan macam saya ni harap anda semua kuatkan semangat. itu semua ujian dari Nya.. Dalam masa terdekat ini mungkin saya akan menjual beberapa ekor ayam hutan (untuk denak). insyallah...
pada yg minat baka ayam hutan denak ni tunggu ye...insyallah menyusul.

Tuesday, 13 September 2011

Jualan Sebelum Raya Puasa 2011




                                      Burung-burung ni adalah jualan sebelum Raya puasa tempohari...Semuanya dah SOLD OUT.

Lovebirds Lutino Red Eye Untuk Dijual

Jenis : Lovebird Lutino Red Eye bonding pair matang
Harga :  RM300 (Nego)
Lokasi : Bangi
Status :  Ada

Sila SMS 013-3227141 (Din)

Monday, 12 September 2011

Cockateil Lutino Red Eye Untuk Dijual - SOLD


Jenis : Cockateil Lutino Red eye - Jinak / Manja
Bilangan : 2 Ekor
Umur    :  4-5 Bulan
Status  : SOLD