Sunday, 21 August 2016

22hb August 2016 - Anak pokok tin untuk dijual

Assalamualaikum ,

Saya ada beberapa pokok untuk dijual. Pelbagai varieti yang telahpun berbuah masak di sini. Kami telahpun menyemai anak-anak pokok itu didalam polybeg, kepada yang berminat boleh lah klik link di sini . Anak Pokok Tin

Monday, 8 August 2016

08 August 2016 - Buah-buah tin dari koleksi kami

Assalamualaikum.

Alhamdulillah , segalanya berjalan seperti dirancang. Kami menanam beberapa jenis pokok tin sebagai koleksi di tempat kami. Ramai yang telahpun datang ke tempat kami walaupun kami cuma dapat menanam di halaman kerana ruang yang amat terhad.

In sha  Allah , sedikit masa lagi kami akan membuka kebun Tin , semuanya didalam perancangan untuk tahun hadapan. Doakan kami untuk merealisasikan impian serta hajat kami. Dalam pada itu kami sentiasa menambah sedikit demi sedikit koleksi beberapa jenis pada setiap bulan.

Di bawah ini adalah koleksi kami pilih yang mana pokok-pokok ini jenis yang banyak mengeluarkan buah-buah dan rasa buah yang sedap serta manis walaupun baru dipetik.

 1) Abicou

 2) Albacor Comuna

 3) Barnisotte

 4) Bellone

 5) Bourjasotte Noire

 6) Bordisotte Rossa

 7) Napolitana Negra

 8) Panachee ( France)

 9) Panachee ( France)

 10) Tena

 11) Sal Gene

12) Tena


Pelbagai jenis ( Varieti) menjadi pilihan kami tapi rasanya kami telahpun mengupload pada posting sebelum ini. Alhamdulillah kalau kita tanam beberapa jenis yang sedap-sedap , in shaa Allah kita akan dapat memetik buah segar setiap hari..

Alhamdulillah.