Pengalaman dan Kemahiran

Assalamualaikum
Saya Salehuddin Bin Hj Abdul Majid , berasal dari Negeri Melaka dan kini bekerja di Shah alam sebagai Engineer di sebuah syarikat milik bumiputera.

Lokasi terkini.

Bandar Sri Putra , Kajang Selangor
No Phone : 013 - 3227141
salehudin.abd.majid@gmail.com

Pak Teh Agro Farm telah ditubuhkan pada tahun Oktober 2009 , 
Pada awal penubuhan syarikat ini di Melaka memberi 100% fokus kepada:
1) penternakan ayam kampung Asli (Original) 
2) Ayam Arab
3) Ayam Kampung Kacuk
4) pembuatan mesin incubator berkapasiti kecil. 

Pada mulanya saya mengambil kursus penternakan puyuh pedaging/ayam kampung komersial di jabatan verterinar melaka.
Kami mula belajar selok belok membuat reban skala kecil dan sederhana ,
1) Bagaimana dan di mana mendapatkan anak benih secara berterusan
2) Di mana mendapatkan stock makanan ternakan
3) Mendapatkan stok ubat-ubatan.
4) Bagaimana nak memasarkan produk-produk berikut.

Kami mengambil stock anak-anak benih ayam kampung dan ayam arab di melaka. Setiap 2 minggu kami akan ke tempat jualan anak-anak benih. Setiap kali ambil cuma 200 ekor sahaja.
Bermula Episod membela anak-anak benih yg kian bertambah. dari 200 Ekor kini dah mencecah 1000 ekor. Stock makanan seperti dedak,jagung halus,nasi panas yg dimasak (Khas utk anak ayam). Bulat-bulat tengok anak ayam yg kian membesar, setelah hampir 2 bulan umurnya , kami memindahkan di dalam reban khas (reban atas). Kami mengasingkan mengikut umur ataupun berat sebab ada beberapa ekor yang terencat diasingkan di tempat isolasi (untuk pemerhatian yg lebih) , Ubat,vitamin dan ubat cacing kena bagi pada anak-anak ayam yang murung/ tidak sihat/ terencat.

Pada umur 3 bulan kami mula membuka jualan untuk benih anak ayam arab, kami mula menjual untuk batch yang pertama "clear"...setelah beberapa batch habis dijual , penyakit ND mula melekat di reban kami. Ada beberapa ekor yang dh tersungkur mati setelah ubat-ubat yang kami bagi dh tak bole lawan virus ND.
Kekecewaan mula timbul dan pengalaman sendiri telah mengajar kami untuk lebih matang dalam dunia penternakan. Pelbagai usaha dan pemberian ubat , EM telahpun kami bagi, ada juga yg berjaya kami ubatkan.
Setelah itu kami pun berusaha mendapatkan pemborong ayam-ayam kampung , Seorang tauke dari muar datang membawa bakul ayam untuk dia beli. Urus niaga bersama beliau telahpun berjaya, dia pilih sendiri dan tangkap sendiri ayam-ayam yg agak berisi/besar untuk dijual.Clear juga ayam-ayam kampung dia ambil.

Setelah beberapa kali beliau datang ke tempat kami , Ayam-ayam kampung kacuk berumur 4-5 bulan adalah keutamaan beliau kerana beliau nak hantar terus ke pasar.
Penternakan puyuh pedaging bermula apabila kami berjaya menjual hampir kesemua ayam-ayam kampung dan ayam arab. Pada mulanya saya membuat incubator menggunakan tong plastik dan tong kayu plywood untuk kegunaan sendiri dan saya membuat sedikit "research" tentang suhu yang terbaik bagi incubator kami. Setelah berjaya mendapatkan suhu terbaik dan peratusan anak ayam dan puyuh semakin meningkat. Incubator mula dijual pada orang sekeliling dan rakan-rakan ayah sahaja. Setelah itu ada beberapa kedai ingin memasarkan incubator sedikit demi sedikit. Kedai yang mengambil stock kami cuma dari area melaka,selangor dan johor baharu. 

Kami menjual secara online melalui blog (www.ayamkampungsegar.blogspot.com) . Kebanyakkan penternak baru membeli incubator kami berpuas hati menggunakan incubator. Kini kami telahpun menjual incubator berasaskan tong plastik dan plywood tebal sebanyak 250 biji. Harga diantara RM180.00 -RM300.00.
Kami menambah lagi beberapa produk kami seperti
1) makanan burung
2) makanan parrots (makanan formula)
3) sarang burung parrots (Nestbox)
4) Pelbagai anak-anak burung jinak seperti budgie,lovebird,indian ring neck
5) Ayam-ayam exotic seperti Bantam, Polish, Antwerp dan lain2
6) Burung Kuang , Burung Merak

Tahun 2012 kami mula mengimport sendiri burung-burung dari pakistan dan kami mengambil secara borong dari pengimport-pengimport besar seluruh semenanjung malaysia. Pada tahun 2012 juga kami melebarkan sayap menghantar burung-burung hiasan ke Sabah dan juga kami menjual incubator skala kecil pada pelanggan kami di seluruh semenanjung ,sabah,sarawak,brunei. Kami juga telahpun mengambil stock daripada beberapa pembiak baka burung-burung hiasan di seluruh semenanjung Malaysia. Alhamdulillah kini kami telahpun berjaya merealisasikan impian sebagai penternak,pembiak baka dan juga penjual.

Next step adalah Awal 2013 kami telahpun membeli sebidang tanah di Bukit Katil Melaka, Walaupun modal tk seberapa yang ada.saya merancang untuk 3 tahun akan datang. Dalam perancangan balik ke tanah bumi bertuah (melaka) tapi masih menunggu masa yang sesuai untuk mendirikan sebiji rumah dan ladang untuk ternakan saya.. Impian saya nak jadi penternak yang berjaya.. insyallah.. Doakan yang terbaik utk kami.
Modal masih lom cukup utk memelihara burung perhiasan,Rusa dan ayam-ayam exotic + impian nak dirikan gerai coconut shake kt depan rumah, sambil2 tu bole la para pelanggan bermain2 dengan keletah beberapa ekor burung parrots jinak disitu nanti.....(angan-angan mat jenin nih)...hehe.

Secara Ringkas Nya :

Kekuatan dari segi pengalaman+ilmu yg ada pada kami :
1) 2009 - 2015 Pengalaman menternak ayam,puyuh,ayam exotic,puyuh exotic
2) 2010 - 2015 Pengalaman menjinakkan burung,membesarkan anak-anak burung
3) 2009 - 2015 Pengalaman menggunakan incubator bagi tujuan menetaskan anak benih ayam/puyuh
4) 2010 - 2015 Pengalaman memelihara anak ayam,burung dari umur sehari hingga besar
5) 2010 - 2015 Pengalaman membantu pelanggan dalam menanggani masalah memelihara burung
6) 2010 - 2015 Instinct pada haiwan yang sakit/sihat especially pada anak-anak burung. Bole juga mengenal    pasti daripada najis/condition anak burung tersebut.
7) 2009 - 2015 Membantu + memberi khidmat nasihat kepada pengguna baru yang menggunakan incubator.

Insyallah saya akan kongsi ilmu yg ada tentang permasalahan haiwan peliharaan anda:

11 comments:

  1. assalammualaikum pakteh,sy nak bertanya...pakteh ada bukak sebuah kedai di area jasin melaka ker?bab sy ter baca di block pakteh dahulu....betul ker,bab nye sy ada mencari jgk di jasin,tp tak ada pon kedai pakteh

    ReplyDelete
  2. Ada supply makanan dan ubatan merpati tak

    ReplyDelete
  3. salam. kotak nestbox budgie ada stock lg x? sy di taiping perak.

    ReplyDelete
  4. Assalam.. dah mula projek d bkt katil?. D mana alamatnya?.

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum pak teh...
    Saya dari indonesia dan berminat rawat burung kuang dan merak putih...tetapi kerana prosedur impor hewan di indonesia sulit...saya nak infin beli telur siap tetas dari farm pak teh....bisakah...dan berapa harganya dengan biaya kirimnya...terimakasih...mohon di jawab pertanyaan saya

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,pak teh...saya nk bertanya mengenai cockateil albino.ini email sya
    Syafiqdragon999@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,pak teh...saya nk bertanya mengenai cockateil albino.ini email sya
    Syafiqdragon999@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum pak Teh... Apakah pak Teh menjual telur African Grey untuk ditetaskan dan dapatkah dikirimkan ke Bandung Indonesia, Kalau ada berapa harganya plus ongkos kirimnya, terima kaseh. email bhharyan@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wr wb apa bisa kirim baik telur atau burung African Grey dan Macaw ke Jakarta (Indonesia)?
    mohon info ke si.pande32@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum pak teh. Saya nak tanya. Ade buat penternakan dekat melaka tak ?

    ReplyDelete